Patutnya masak Carbonara pakai la fetuccini, lagi best. Tapi semalam yang ada spiral, elbow, vermicilli n angelhair. So amik la angelhair, sebab lagi halus drpd spagetti biasa. Carbonara pun sepaptutnya pakai seafood( udang+sotong) tapi semalam tak pergi pasar, so redah la letak sosej ayam. Jadilah tu.
Ingredients/Bahan-bahan (utk 2-3 org makan)
1. Setengah paket Angelhair (ikut sukalah, nak pakai spagetti jenis apa)
2. Secawan Anchor Cream for Cullinary (jgn salah beli, sebab dia ada jugak utk kek. nak rasa lebih krim letak lah lebih, ikut citarasa)
3. 3 batang sosej. (lagi elok pakai sotong+udang)
4. Cendawan butang (hiris nipis)
5. 3 ulas bawang putih dan sebiji bawang merah( Chopped)
6. Daun sup (chopped)
7. Herba parsley
8. Secawan maggi Chicken soup yang dibancuh dgn air panas. (jangan banyak2, tamau rasa soup ni overshadow rasa cream sangat.
Jom masak:
1. Rebus Angelhair sampai lembut. Bilas air sejuk dan toskan.
2. Tumiskan bawang putih dan bawang merah sampai naik bau.
3. Masukkan sosej dan cendawan butang. Tambahkan garam dan serbuk perasa
4. Masukkan chicken soup.
5. Kacaukan, kalau pekat, tambahkan air.
6. Masukkan Anchor Cream. Kacaukan dan kalau pekat sangat tambahkan air.
7. Masukkan herba daun parsley.
8. Masukkan daun sup. kacau sebati.
Senang je kan? Hidangkan dengan tabuan keju Parmessan. Yummy. :P
p/s: kalau tak mau angelhair melekat sesama sendiri, gaulkan dengan olive oil. kalau takde, pakai minyak jagung pon oke.
Carbonara Spagetti
Posted by
Food Blast
|
Labels:
Italiano
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
yummy! :)
Post a Comment