RSS
we will cook and try out the recipes before publishing it to this blog! So don't worry guys, we guarantee that it will taste goood~

Spagetti Goreng


Lebih kurang mee goreng je ni. Juz gantikan mee dengan spagetti. Kadang-kadang ada orang tak minat mee sebab rasa kapur dia, kalau tak basuh bersih memang rasa kapur. Mee kuning pun dulu heboh pasal ada asid borik yg act as preservative... dan kalau terlebih rebus spagetti, next morning boleh guna excess spagetti untuk di goreng....

Bahan-bahan
Suku paket Angelhair spagetti (rebus)
3 ulas bawang putih (chopped)
2 ulas bawang merah(chopped)
Isi ayam atau daging
Sayur sawi
Kicap masin secukup rasa
Pes cili (sukahati)
Sos cili (2sudu)
Sos tiram secukup rasa
garam dan gula secukup rasa.

1. Tumiskan bawang putih dan bawang merah
2. Masukkan pes cili
3. Masukkan isi ayam atau daging
4. masukkan kicap dan sos tiram
5. Masukkan sawi
6. masukkan gula dan garam secukup rasa (kalau dah terbanyak sos tiram tak perlu letak garam dah)
7. Masukkan spagetti...
Hiaskan dengan bawang goreng dan daun sup

*kalau nak berkuah, tambahkan sikit air

Selamat Mencuba. =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BEGEDIL AYAM n SAMBAL KICAP by effa :)

ASSALAMUALAIKUM..

ini resipi simple tapi mengenyangkan..boleh dimakan dengan bihun sup atau dimakan begitu sahaja. CUBALAH YE.. :)


BEGEDIL AYAM


bahan-bahan:

* ubi kentang -buang kulit n potong-(3 biji)
* bawang merah (1 biji)
* isi ayam (direbus n dihiris)
* daun sup -hiris halus- (setengah genggam)
* daun bawang -hiris halus- (setengah genggam)
* telur ayam -untuk dicelup- (sebiji)
* garam (suka hati)* lada sulah n lada hitam (serbuk)
* bawang goreng

cara-cara:


1. goreng kentang sehingga agak empuk n jangan terlalu garing
2. angkat kentang tu n ketepikan
3. goreng bawang
4. angkat bawang tu n ketepikan
5. tumbuk kentang yang dah digoreng tadi guna lesung batu (tumbuk hingga betul2 lumat)
6. letakkan di dalam mangkuk
7.masukkan lada sulah,lada hitam, garam,daun bawang n daun sup ke dalam mangkuk berisi kentang yang dah ditumbuk tu
8. bentukkan begedil (bulat ke,leper ke, love ke...)

9. pecahkan telur dalam mangkuk lain
10
. celurkan begedil yang dah dibentuk tadi dalam telur yang dah dipecahkan.
11. gorengkan dalam minyak panas dengan api sederhana

12
. siap sudah!




SAMBAL KICAP



bahan-bahan:
* bawang putih (2-3 ulas)
* cili merah besar (5-6 batang)
* cili api (7-8 batang)
* limau nipis (3-4 biji)
* kicap manis* secubit gula


cara-cara:
1. (tumbuk atau guna blender kering ) bawang putih,cili merah, cili api, n gula
2. keluarkan bahan yang telah dikisar n letakkan ke dalam mangkuk
3. campurkan jus limau n kicap manis ke dalam bahan yang dah dikisar tadi..gaul rata..

siap n bolehlah dimakan..:)

SELAMAT MENCOBA...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts with Thumbnails